TUN SERI LANANG
Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad, bergelar Paduka Raja seorang yang berjawatan Bendahara Melaka dan Johor.Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565 dan hidup pada akhir abad ke-17. Beliau ialah anak kepada Paduka Temenggung Ahmad. Beliau menjadi Uleebalang Kenegerian Samalanga, iaitu pemerintah otonomi di Aceh serta penasihat kepada tiga sultan Aceh, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Sebelum Tun Seri Lanang menjadi penulis atau pengarang, beliau mempunyai darah keturunan Tun Perak, bendahara Melaka yang bijak dan membawa Melaka ke persada dunia. Beliau juga pernah menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil antara tahun 1580 dan. Beliau pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat untuk memerintah Johor lagi.
Pada masa itu, beliau lebih terkenal sebagai pemimpin tetapi beliau mempunyai minat dalam dunia kepengarangan Titah raja dilakukannya dengan sempurna. Raja Abdullah telah meminta beliau mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612. Beliau pun bermula mengarang pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor dan kemudian bersambung mengarang di Aceh. Selepas selesai mengarang Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang sedar bahawa karyanya mengenai salasilah raja-raja Melaka. Oleh itu, beliau telah memberi nama Sulalatus Salatin untuk teks tersebut yang bermaksud “Salasilah Segala Raja-Raja”.
Tun Seri Lanang merupakan penulis atau pengarang karya agung yang amat berjasa kepada dunia Melayu sehingga kini. Beliau ialah tokoh pengarang yang terkena dalam penghasilan buku sejarah, adat istiadat dalam peradaban, kebudayaan dan sistem pemerintahan Melayu. Beliau bertanggungjawab untuk mengembangkan agama Islam di Semenanjung Melayu ketika diberi kepercayaan memerintah Samalanga, Aceh, Indonesia pada tahun 1645M.
PERANAN DAN SUMBANGAN
Tun Seri Lanang telah mengarang sebuah karya yang menjadi rujukan dan peringatan bagi bangsa Melayu, iaitu Kitab Sejarah Melayu. Pada tahun 1612, Raja Abdullah menitahkan Tun Seri Lanang menulis Sejarah Melayuadalah untuk memastikan masyarakat dapat memperolehi manfaat daripada penulisan beliau.
Kitab ini telah dikatakan sebagai Sejarah Melayu yang penting, dan telah menjadi sebagai sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting di Malaysia. Sejarah Melayu penuh dengan pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa serta bangsa-bangsa di Nusantara. Terdapat berbagai-bagai peristiwa yang telah tercatat dalam karya ini seperti salasilah raja-raja, kepahlwanan, kasih sayang dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
Sejarah Melayu menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis. Isi ceritanya mengandungi pelbagai catatan raja dan undang-undang bernegeri dan berkerjaan, asal usul raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Sejarah Melayu juga menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.
Tun Seri Lanang juga seorang artis, seorang pemimpin. Perasaannya halus, jiwanya terbuka dan otaknya cepat menangkap segala kesan yang lihat dan dengar di sekitarnya. Tun Seri Lanang telah dianggap sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu”, beliau telah menyalin dan menyusun semulaSejarah Melayu dan membuat banyak perubahan, menambah nama yang kurang, memperbaiki nama yang buruk sehingga buku itu dijadikan sebuah buku klasik yang amat indah.