Thursday, 31 May 2018

WATAK DAN PERWATAKAN


WATAK DAN PERWATAKAN

Definisi Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku atau aksi dalam sesebuah cerita. Selalunya, watak-watak ini diciptakan untuk mendukung peranan atau diberi fungsi untuk mendukung idea pokok, dan mengembangkan idea berkenaan hingga berjaya mencapai matlamatnya
Perwatakan pula merupakan satu cara bagaimana pengarang mencipta dan menyusun serta memperlakukan apa sahaja ke atas watak-watak ciptaannya itu. Perwatakan dalam sesebuah cereka itu merupakan pengerak yang melancarkan perjalanan cerita di dalam cereka tersebut. Kegagalan pengarang menghidupkan watak-watak akan mencacatkan plot cereka tersebut.

Peranan Watak

Watak merupakan teras dalam sesebuah cereka. Sebab itulah dalam keseluruhan cereka selalunya wataklah yang memainkan peranannya untuk menghidupkan cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kisah atau cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang.
          Peranan dan kedudukan watak perwatakan dalam sesebuah cereka adalah penting, kerana tanpa watak, gerakan plot dan idea tidak akan dapat ditonjolkan. Wataklah yang menghidup, mengerak, dan mengembangkan cerita dalam sesebuah cereka. Perlukisan watak dan perwatakan ini mempunyai konsep dan prinsipnya yang tersendiri. Walaupun dalam sesebuah karya itu terdapat ramai watak tetapi masing-masing mempunyai sifatnya yang tersendiri yang berlainan di antara satu watak dengan satu watak yang lain.

          Sulalatus Salatin dilihat dari sudut kepentingan setiap watak atau sejauhmana peranan yang dimainkan berkaitan dengan negara kota Melaka itu sendiri.Sebagai sebuah karya persejarahan Melayu, Sulalatus Salatin memberi tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku di istana. Ini bermakna tumpuan cerita kepada watak-watak yang terdiri daripada golongan istana atau golongan raja. Dengan ini secara tidak langsung watak-watak yang terdiri daripada golongan raja adalah merupakan watak-watak yang penting.

          Watak seterusnya ialah daripada golongan pembesar-pembesar negeri seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana dan lain-lain. Golongan pembesar negeri amat penting memainkan peranan dalam konteks penulisan karya pensejarahan Melayu kerana kaitan peranan mereka yang amat rapat dengan golongan istana serta bidang tugas dan tanggungjawab yang sangat besar dalam menentukan kejayaan dan keutuhan sesebuah kerajaan itu.


JENIS-JENIS WATAK
Dalam sesebuah novel, banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita.

     Watak Utama
Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis.

     Watak Protagonis
Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif.

     Watak antagonis
Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis.

     Watak bulat/bundar
Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah.

     Watak Dinamik
Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini degambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.

     Watak Pipih
Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita.   




4 comments:

  1. Tq cikgu bgi penjelasan tntng perwatakan ini

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu bagitau tentang maksud watak utama kalau tak abis saya kena marah oleh cikgu saya

    ReplyDelete