Latar ialah yang berkaitan dengan waktu, lokasi, watak suasana berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya. Latar dalam karya terbahagi kepada tiga iaitu:
- Latar tempat
- Latar masa
- Latar masyarakat
LATAR TEMPAT
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat dalam karya-karya satera berfungsi sebagai media kepada para pelaku (watak-watak) untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar tepat yang sesuai, jalan cerita akan menjadi hambar dan tidak menarik.
Bukit Si Guntang.
Tempat dimana tiga orang anak Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Kristina Pandita dan Nila Utama telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Mereka telah dijumpai oleh Wan Empuk dan Wan Malini lalu ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu yang dinaiki mereka telah memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki didalamnya yang dinamai Batala.
LATAR MASA
Menunjukkan bila peristiwa itu berlaku, merujuk kepada zaman, era, sejarah dan musim. Latar masa yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin adalah pada zaman era kerajaan Melayu Melaka.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang berwibawa
Sifat kewibawaan ini boleh dilihat melalui watak Tun Perak. Kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman Siam, kecerdikkan Tun Perak mengusir Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati Sultan. Lalu, Tun Perak telah dilantik sebagai Bendahara.
2. Masyarakat yang bijaksana.
3. Masyarakat yang baik budi pekerti.
Sifat baik budi pekerti ini ditunjukkan melalui watak Tun Mutahir. Oleh kerana kehebatannya dalam perniagaan, Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan digelar Seri Maharaja. Setelah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara. Tun Mutahir mempunyai sikap baik budi pekerti, beliau menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga kebajikan pedagang-pedagang di Melaka sehingga namanya masyur dikalangan mereka.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang menarik, pecahan bab memudahkan saya untuk mencari maklumat yg saya inginkan
ReplyDeleteBlig yang sangat menarik. Terima kasih atas informasi yang padat ini..
ReplyDelete*blog
Delete