UNSUR NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SEJARAH MELAYU
Kemanusiaan bermaksud
hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu
meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu
yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan
kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu.
Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau
bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini,
unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
Nilai dapat dilihat dari sudut;
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang
meng¬utamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil,
berbudi bahasa, berjasa, bertimbang-rasa,nasihat menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang
menge¬npikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat¬-sifat ini seperti
sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal,
curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Antara nilai dalam sulalatus salatin
sifat adil dan saksama;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang
sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi
murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman
itu."
ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai
seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Ba¬ginda sanggup menyamar
sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang
dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju¬an mengatasi masalah
kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang
digam¬barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat
lagi dengan murahnya".
Berbudi Bahasa
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang
berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan
peri¬badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali
keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja
Melaka) tetapi apabila di¬tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji
kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu
dengan kemuliaan budi Ben¬dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah
da¬tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara
memaafkan Hang Tuah;
"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki
Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia
asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .
Berjasa dan Berbakti
Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti
yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam
bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan
pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.
Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam me¬nyerang
Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang.
Kejayaan Tun Perak me¬nyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga
menye¬lamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah men-dapat pengiktirafan
yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana
Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka,
Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah
ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri
Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas
takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan di¬lantik
sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap
mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang
berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam
melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada
jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan
seluruh pahla¬wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi
menghadapi serangan Siam.
Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat.
Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah
dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguh¬pun
beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai
hamba Melayu yang taat dan ber¬pegang teguh pada konsep "pantang Melayu
menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksana¬kan
segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap
sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat
menderhaka ke¬rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah me¬ngembalikan
maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah
Melayu mencatat¬kan;
"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian
yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu
Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa¬mana" itu diarak keliling
negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu
Bendahari)
Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan
Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menja¬linkan hubungan baik antara
Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi
persali¬nan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam
itu."
Sifat bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini jugs sa¬ngat jelas dalam beberapa tindakan yang
dibuat terutama¬nya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau
tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara
buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
Contohnya, Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah
menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi
bagi menyelesaikan per-sengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di
Mela¬ka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus me¬ngorbankan
kepentingan diri demi untuk keutuhan keraja¬an dibawah pemerintahannya itu
telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka
seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan
pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan
pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak
Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh di¬plomasi itu juga telah
memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar
iaitu Tun Perak un¬tuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti
daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Pa¬duka Raja Tun Perak
sewaktu memegang jawatan tersebut.
Keimanan dan Ketakwaan :
Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan
mengamalkan sifat ketak¬waan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah
Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini
diceritakan terutama dalam episod-¬episod seperti ;
Contoh, Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama
daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara
Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.
Contoh, Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir
Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan
kepada mereka yang me¬lakukan kesalahan mencuri.
maklumat mudah difahami. terima kasih untuk perkongsian
ReplyDelete