Thursday, 31 May 2018

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT



PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT: KESETIAAN RAKYAT


KONSEP KESETIAAN
Konsep kesetiaan bermaksud akur, taat, tunduk serta patuh. Konsep kesetiaan merupakan nilai hidup daripada kaca mata masyarakat Melayu lama. Kesetiaan merupakan penyerahan diri secara taat setia tanpa membantah serta sanggup menyumbangkan kebaktian kepada raja yang tidak terbatas meskipun tindakan tersebut di luar batasan kemanusiaan. Hal yang lebih utama ialah tidak melakukan penderhakaan. Konsep kesetiaan yang unggul melibatkan kesanggupan dan penyerahan sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi kemahuan raja.

      Di dalam Hikayat Hang Tuah, kesetiaan ini begitu jelas melalui watak Hang Tuah yang juga merupakan watak utama dalam hikayat ini. Hang Tuah memiliki satu sifat teristirnewa dan menjadi simbol masyarakat. Boleh dikatakan bahawa Hang Tuah menjadi hamba yang berkhidmat dengan sepenuh jiwa raganya kepada tuannya, iaitu raja Melaka, Sang Maniaka. Segala kehendak raja Melaka ditunaikan oleh Hang Tuah tanpa banyak soal. Walaupun terpaksa bergadai nyawa, Hang Tuah tidak pernah sekali pun membantah perintah raja. Pendek kata, watak Hang Tuah menjadlkan konsep daulat" dan "derhaka" sebagai prinsip dalam perkhidmatannya kepada raja Melaka, Sang Maniaka.

      Peristiwa-peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah yang menonjolkan sifat kesetiaan watak Hang Tuah begitu banyak sekali. Antaranya, walaupun Hang Tuah menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunuh yang dijatuhi ke atasnya oleh raja Melaka dengan hati yang rela. Kerelaan hati Hang Tuah menerima titah raja Melaka yang membabi buta ini dapat membuktikan kesetiaan dirinya yang tidak berbelah bag! terhadap rajanya. Hang Tuah bukan sahaja tidak menyimpan dendam terhadap raja Melaka, malahan mencari jalan untuk berjasa terhadap raja agar dirinya tidak dimurkai. Misalnya Hang Tuah bertarung nyawanya untuk melarikan Tun Teja ke negeri Melaka demi untuk menyatakan kesetiaannya terhadap raja Melaka.

      Kesetiaan Hang Tuah semakin jelas dan nyata apabila dia sanggup membunuh dan menghapuskan saudara dan sahabat karibnya, Hang Jebat. Sebenarnya, watak Hang Jebat menderhaka dan merampas istana adalah semata mata untuk membalas kematian Hang Tuah. Walaupun niat Hang Jebat diketahui oleh Hang Tuah, tetapi dia tetap tidak melepaskan sahabatnya kerana kesetiaannya terhadap raja Melaka. Lagipun penderhakaan Hang Jebat merupakan kesalahan yang amat besar dan bertentangan dengan prinsip Hang Tuah iaitu "pantang anak Melayu menderhaka terhadap rajanya."

      Satu lagi peristiwa yang dapat menunjukkan kesetiaan watak Hang Tuah kepada rajanya ialah semasa penginapannya di Inderapura, dia telah ditawarkan oleh raja Inderapura supaya menetap di Inderapura buat selama-lamanya. Tetapi Hang Tuah menolak tawaran istimewa itu dengan memberikan alasan bahawa dirinya tidak akan bertuan lain, selain daripada raja keturunan dari Bukit Si Guntang. Kata-kata Hang Tuah itu jelas memperlihatkan kesetiaannya terhadap raja tidak hanya semasa di Melaka malah di mana jua beliau berada, sifat taat setianya tetap dipeliharanya.

      Kesetiaan Hang Tuah kepada raja Melaka kadangkala membahayakan nyawanya. Tetapi beliau tetap menemp­uh bahaya tersebut demi kesetiaannya kepada raja. Misalnya beliau sanggup mengorbankan jiwa raganya demi untuk mernuaskan sebarang permintaan raja Melaka. Hang Tuah sanggup memanjat pohon nyiur gading yang tinggi dan reput di tengah tengahnya serta sanggup terjun ke dalam laut yang ada buaya ganas demi mengambil mahkota raja Melaka yang jatuh ke dalamnya. Malahan, watak Hang Tuah juga sanggup berperang dan berjuang menentang pihak Peringgi pada saat keuzurannya, semua ini dilakukan kerana kesetiaan terhadap raja Melaka, Sang Maniaka.

TEMA DAN PERSOALAN

NILAI KEMANUSIAAN DALAM SULALATUS SALATIN

NILAI KEMANUSIAAN DALAM SEJARAH MELAYU

Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.

Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang meng­utamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbang­rasa,nasihat menasihati atau pengajaran.

2. Sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang menge­npikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat­-sifat ini seperti sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.

Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i. Perbuatan atau tingkah laku.

ii. Kata-kata atau dialog watak.

Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan golon­gan raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbin­cangan di sini akan berkait secara langsung dengan pengli­batan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar) dengan pemerintahnya.

KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1. Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengu­tamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.

Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut tentang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu."

ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Ba­ginda sanggup menyamar sebagai rakyat biasa bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju­an mengatasi masalah kecurian di Melaka.

iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digam­barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)

"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan ter­lalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."

2. Sifat dan kelakuan berbudi bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.

i. Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peri­badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila di­tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Ben­dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah da­tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah; 

"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .

3. Berjasa dan Berbakti : 

Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.

i. Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam me­nyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak me­nyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menye­lamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah men­dapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak dilantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffar Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali. Tun Perak kemudian membawa diri ke Kelang dan di­lantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahla­wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.

ii. Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguh­pun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan ber­pegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksana­kan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka ke­rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah me­ngembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatat­kan;

"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa­mana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari).

iii. Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menja­linkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;

"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persali­nan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."

4. Sifat bertimbangrasa atau diplomasi

Sifat ini jugs sa­ngat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutama­nya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murni ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.

i. Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Negeri Kida Hindi telah berjaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.

ii· Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffar Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan per­sengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Mela­ka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus me­ngorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan keraja­an dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh di­plomasi itu juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkaliber iaitu Tun Perak un­tuk menduduki tempat Bendahara. Hal ini jelas terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Pa­duka Raja Tun Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.

iii· Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan ba­ginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesar‑pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih bersungguh-­sungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menja­min raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak mengguna­kan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.

iv· Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang se­makin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimban­gan yang lebih wajar. Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbin­cangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakan­danya. Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, ba­ginda turun dari takhta dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.

5. Memberi Nasihat dan Pengajaran :

Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me­ngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke­pada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.

Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah
Wasiat pada pembesar negeri ; "Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat pada Raja Muhammad ; "hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggal­kan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, jikalau kau bunuh ia dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa.”

6. Keimanan dan Ketakwaan :
Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketak­waan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-­episod seperti ;

i· Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Jeddah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pernah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.

ii· Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang me­lakukan kesalahan mencuri.

iii· Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, ter­puji di sisi agama Islam.




LATAR YANG TERDAPAT DALAM SULALATUS SALATIN

Latar ialah yang berkaitan dengan waktu, lokasi, watak suasana berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya. Latar dalam karya terbahagi kepada tiga iaitu:

- Latar tempat
- Latar masa
- Latar masyarakat


LATAR TEMPAT


Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat dalam karya-karya satera berfungsi sebagai media kepada para pelaku (watak-watak) untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar tepat yang sesuai, jalan cerita akan menjadi hambar dan tidak menarik.


Bukit Si Guntang.


Tempat dimana tiga orang anak Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Kristina Pandita dan Nila Utama telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Mereka telah dijumpai oleh Wan Empuk dan Wan Malini lalu ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu yang dinaiki mereka telah memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki didalamnya yang dinamai Batala.


LATAR MASA


Menunjukkan bila peristiwa itu berlaku, merujuk kepada zaman, era, sejarah dan musim. Latar masa yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin adalah pada zaman era kerajaan Melayu Melaka. 
LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang berwibawa

Sifat kewibawaan ini boleh dilihat melalui watak Tun Perak. Kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman Siam, kecerdikkan Tun Perak mengusir Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati Sultan. Lalu, Tun Perak telah dilantik sebagai Bendahara.

2. Masyarakat yang bijaksana.

Tun Perak sebagai Bendahara mengutarakan idea supaya di kawasan pesisir pantai dinyalakan obor api di sekitar pokok bakau bagi menakutkan tentera Siam daripada terus menyerang Melaka.

3. Masyarakat yang baik budi pekerti.

Sifat baik budi pekerti ini ditunjukkan melalui watak Tun Mutahir. Oleh kerana kehebatannya dalam perniagaan, Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan digelar Seri Maharaja. Setelah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara. Tun Mutahir mempunyai sikap baik budi pekerti, beliau menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga kebajikan pedagang-pedagang di Melaka sehingga namanya masyur dikalangan mereka.

WATAK DAN PERWATAKAN


WATAK DAN PERWATAKAN

Definisi Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku atau aksi dalam sesebuah cerita. Selalunya, watak-watak ini diciptakan untuk mendukung peranan atau diberi fungsi untuk mendukung idea pokok, dan mengembangkan idea berkenaan hingga berjaya mencapai matlamatnya
Perwatakan pula merupakan satu cara bagaimana pengarang mencipta dan menyusun serta memperlakukan apa sahaja ke atas watak-watak ciptaannya itu. Perwatakan dalam sesebuah cereka itu merupakan pengerak yang melancarkan perjalanan cerita di dalam cereka tersebut. Kegagalan pengarang menghidupkan watak-watak akan mencacatkan plot cereka tersebut.

Peranan Watak

Watak merupakan teras dalam sesebuah cereka. Sebab itulah dalam keseluruhan cereka selalunya wataklah yang memainkan peranannya untuk menghidupkan cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kisah atau cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang.
          Peranan dan kedudukan watak perwatakan dalam sesebuah cereka adalah penting, kerana tanpa watak, gerakan plot dan idea tidak akan dapat ditonjolkan. Wataklah yang menghidup, mengerak, dan mengembangkan cerita dalam sesebuah cereka. Perlukisan watak dan perwatakan ini mempunyai konsep dan prinsipnya yang tersendiri. Walaupun dalam sesebuah karya itu terdapat ramai watak tetapi masing-masing mempunyai sifatnya yang tersendiri yang berlainan di antara satu watak dengan satu watak yang lain.

          Sulalatus Salatin dilihat dari sudut kepentingan setiap watak atau sejauhmana peranan yang dimainkan berkaitan dengan negara kota Melaka itu sendiri.Sebagai sebuah karya persejarahan Melayu, Sulalatus Salatin memberi tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku di istana. Ini bermakna tumpuan cerita kepada watak-watak yang terdiri daripada golongan istana atau golongan raja. Dengan ini secara tidak langsung watak-watak yang terdiri daripada golongan raja adalah merupakan watak-watak yang penting.

          Watak seterusnya ialah daripada golongan pembesar-pembesar negeri seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana dan lain-lain. Golongan pembesar negeri amat penting memainkan peranan dalam konteks penulisan karya pensejarahan Melayu kerana kaitan peranan mereka yang amat rapat dengan golongan istana serta bidang tugas dan tanggungjawab yang sangat besar dalam menentukan kejayaan dan keutuhan sesebuah kerajaan itu.


JENIS-JENIS WATAK
Dalam sesebuah novel, banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita.

     Watak Utama
Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis.

     Watak Protagonis
Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif.

     Watak antagonis
Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis.

     Watak bulat/bundar
Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah.

     Watak Dinamik
Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini degambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.

     Watak Pipih
Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita.   




WATAK-WATAK PEMBESAR NEGERI (SULALATUS SALATIN)




TUN PERAK


Latar:

- Nama peribadi Tun Perak. 
- Anak Bendahara Seri Wak Raja. 
- Saudara lain ialah Tun Kudu dan Tun Perpatih Putih. 
- Mula dilantik sebagai Bendahara pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. 
- Memegang jawatan Bendahara di bawah pemerintahan empat orang sultan iaitu zaman :


· Sultan Muzaffar Syah
· Sultan Mansur Syah
· Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
· Sultan Mahmud Syah.


Tun Perak tersingkir dari mendapat jawatan Bendahara (mengikut adat tradisi) selepas kemangkatan Bendahara Seri Wak Raja. Tun Perak membawa diri ke Kelang, dilantik sebagai penghulu orang Kelang.

- Ketokohan tentang kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman serangan Siam. 
- Kecerdikan Tun Perak mengusir ancaman Siam dan menyelesaikan masalah berhubung - tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati sultan.
- Tun Perak dilantik sebagai Bentara.
- Konflik dengan Seri Nara Diraja (Tun Ali) (pegang jawatan Bendahara). Konflik dapat diselesaikan.
- Tun Perak didudukkan ke jawatan Bendahara setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu.

(i)Sebagai ketua angkatan perang yang berani, cekap dan pintar.

a. Menewaskan Siam.

Tun Perak bijak mengatur strategi perang untuk mencapai kejayaan tanpa pertumpahan darah. Contoh ketika Melaka hadapi serangan Siam.
Menggunakan muslihat/tipu helah mengelirukan Siam dan tambat puntung api pada kayu-kayu disepanjang sungai. Kelihatan api begitu banyak.Sangkaan Siam, angkatan Melaka amat ramai.


b. Mengetuai angkatan menakluki Pahang.

Berjaya menakluki Pahang. Menawan raja Pahang,dibawa ke Melaka - Pahang jadi negeri jajahan takluk Melaka.

c. Menyerang Pasai.

Mengetuai angkatan Melaka ke Pasai membantu Sultan Zainal Abidin bagi menyelesaikan masalah perang saudara dan perebutan kuasa. Tun Perak juga berjaya menabalkan Sultan Zainal Abidin sebagai Raja Pasai.

(ii) Sebagai Pegawai Kanan Pentadbiran yang cekap menjalankan tugas-tugas mentadbir Melaka.

Bendahara Paduka Raja memiliki kepandaian serba boleh;

a. Bijaksana dalam karang mengarang.

Mengarang surat yang dihantar ke Siam. Isi kandungan surat terselit unsur diplomasi, maksud mendalam tersirat dalam baris-baris yang ringkas, pendek clan jelas.

b. Bijaksana dalam ilmu firasat dan ramalan.

Dapat meramal dengan tepat nasib Tun Mutahir setelah melihat alamat awal sewaktu Tun Mutahir masih remaja;


"Cahaya dari langit memancar di kepala Tun Mutahir, cahaya itu hilang dengan cepat. "
- ramalan : Tun Mutahir akan jadi orang besar dan kebesaran melebihi kebesaran Tun Perak, tetapi tidak akan kekal.

(iii) Sebagai Penasihat Sultan

Kedudukan Bendahara amat rapat dengan sultan sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan, biasanya sultan mendapatkan nasihat Bendahara terlebih dahulu. Misalnya, rancangan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang kerana baginda murka di atas tindakan raja Pahang mencabar/menghina raja Melaka. Bendahara menasihatkan agar tidak menyerang Pahang kerana raja Pahang dan raja Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. Nasihat Bendahara diikuti. Melaka bertindak ke atas Pahang dengan hanya menghantar utusan 'mengajar' perbuatan raja Pahang.

(iv) Sebagai seorang pembesar yang 'berkuasa' dalam menentukan perlantikan sultan dan bertanggungjawab menabalkan sultan menduduki takhta kerajaan.

Kedudukan Bendahara amat rapat dengan sultan. Sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan, biasanya sultan mendapatkan nasihat Bendahara terlebih dahulu. Misalnya, rancangan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang kerana baginda murka di atas tindakan Raja Pahang mencabar/ menghinan raja Melaka. (sama seperti diatas) Bendahara menasihatkan agar tidak menyerang Pahang kerana raja Pahang dan raja Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. (sama seperti ii atas)

- Nasihat bendahara diikuti. Melaka bertindak ke atas Pahang dengan hanya menghantar utusan 'mengajar' perbuatan Pahang.

(v) Bendahara sebagai seorang pembesar yang berkuasa dalam menentukan perlantikkan sultan dan bertanggungjawab menabalkan menduduki takhta kerajaan.

a. Sebagai pembesar berkuasa dan berwibawa, Bendahara Paduka Raja mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan Melaka.
- Setelah anaknya, Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad (dalam episod bermain sepak raga), Bendahara melafazkan kata-kata, "..tidak akan bertuankan anak raja seorang ini".
- Kata putus Bendahara membawa kesan kepada perlucutan hak Raja Muhammad sebagai pewaris takhta Melaka. Raja Muhammad tersingkir ke Pahang.

b. Bendahara Paduka Raja melaksanakan wasiat sultan untuk melantik Sultan Mahmud Syah sebagai pengganti takhta Melaka selepas kemangkatan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
- Bendahara berusaha menjaga Sultan Mahmud Syah (masih kecil) daripada dibunuh oleh Raja Tua demi melaksanakan wasiat.
- Raja Tua iaitu nenda Sultan Mahmud Syah mahukan Raja Menawar dilantik sebagai pemerintah Melaka.
- Bendahara tetap mengikut wasiat menabalkan Sultan Mahmud Syah.

(vi) Sebagai seorang pembesar yang tegas dan setia.

- Bendahara sangat setia kepada sultan Melaka Setiap perintah sultan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan, seterusnya menaikkan martabal Sultan Melaka.
- Bendahara mengetuai angkatan Melaka menolong Sultan Zainal Abidin merebut takhta Pasai.
- Bendahara tidak teragak-agak bertindak tegas membuat keputusan enggan membantu Sultan Zainal Abidin bagi kali kedua setelah Sultan Zainal Abidin enggan menghantar surat sembah ke Melaka.


SERI NARA DIRAJA (TUN ALI)


Latar Belakang

Tun Ali ialah anak Mani Purindan bersama isterinya Tun Ratna Sandari (Puteri Seri Nara Diraja). Adiknya Tun Ratna Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah - lahir putera Raja.

Peristiwa-peristiwa Penglibatan Seri Nara Diraja dalam Kerajaan Melaka:

(i) Terlibat campur tangan dalam rampasan kuasa takhta Melaka.

- Pembesar terpenting (orang kuat) membantu Raja Kasim dalam rancangan merampas takhta Melaka yang dikuasai oleh Raja Rekan. Rampasan kuasa berhasil. Tokoh yang memainkan peranan utama menjayakan rancangan rampasan kuasa ialah Seri Nara Diraja.
- Seri Nara Diraja sangat berpengaruh terhadap Sultan Muzaffar Syah. Pembesar yang sangat rapat dengan sultan, kata-kata dan kehendak Seri Nara Diraja dituruti .Kesannya menyebabkan Bendahara Seri Wak Raja terasa tersingkir, tidak dipedulikan dan membuat tindakan nekad membunuh diri dengan minum racun.

(ii) Bertindak bertentangan adat kebiasaan amalan di istana Melaka.

- Jawatan Bendahara sepatutnya diwarisi oleh keturunan bendahara selepas kematian Bendahara. Seri Wak Raja, sepatutnya diganti oleh Tun Perak.
- Tun Ali telah berjaya mengambil alih kedudukan/ jawatan Bendahara bergelar Bendahara Seri Nara Diraja.

(iii) Terlibat dalam perselisihan dan perpecahan di kalangan pembesar.

- Konflik di kalangan pembesar-pembesar tercetus antara dua puak-puak yang diketuai oleh Seri Nara Diraja dan puak dari keturunan Bendahara (Tun Perak).
- Puncak konflik Tun Perak terlibat semula dalam istana kemudian dilantik sebagai Bentara kemudian sebagai Perdana Menteri setelah berjaya mengusir ancaman Siam.
- Perpecahan semakin ketara menyebabkan Sultan Muzaffar Syah bimbang membawa kesan buruk kepada kerajaan.

(iv) Seorang pembesar yang sangat berpengaruh.

- Segala kemahuan Seri Nara Diraja diikut oleh Sultan Muzaffar Syah. Beliau bersedia menyerahkan jawatan Bendahara kepada Tun Perak setelah berkahwin dengan saudara Tun Perak iaitu Tun Kudu.
- Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu, yang dikasihi demi kepentingan keuntuhan pentadbiran Melaka.
- Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu menamatkan konflik dalaman kerajaan Melaka.

(v) Seorang Pembesar yang bijaksana, berani dan berpandangan jauh.

- Seri Nara Diraja berani menentang titah Sultan Mansur Syah. Beliau tidak melaksanakan tilah menghukum bunuh Hang Tuah. Mengikut tafsiran Seri Nara Diraja, hukuman yang dijatuhkan ke atas Hang Tuah sebagai satu tindakan yang akan merugikan serta membawa kepada penyesalan.
- Seri Nara Diraja bijaksana dalam melihat kelebihan Hang Tuah untuk kepentingan Kerajaan Melaka.
- Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan ternyata memberi suatu kemenangan dan berjaya membuktikan bahawa Hang Tuah sangat berguna/menguntungkan istana Melaka
- Hang Tuah yang setia berjaya menghapuskan Hang Jebat yang membuat huru-hara di Melaka.

Seri Nara Diraja beroleh tiga orang anak bersama isterinya Tun Kudu.

(a) Tun Mutahir (kemudian dilantik Bendahara bergelar Bendahara. Seri Maharaja)
(b) Tun Tahir (dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja)
(c) Tun Senaja (diperisterikan oleh Sultan Alau'd­Din Riayat Syah).



TUN MUTAHIR (BENDAHARA SERI MAHARAJA)


Latar belakang:

- Anak Seri Nara Diraja (5 orang anak semuanya).
- Seri Nara Diraja wasiatkan anak-anak dipelihara Bendahara Paduka Raja. Wasiatkan harta/emas sebanyak 5 buah peti.
- Saudara lelaki Tun Mutahir ialah Tun Tahir. Bendahara Paduka Raja pernah membuat ramalan;

"Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Danpada hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tidak kekal. " (Sulalatus Salatin, hlm. 146)

- Ramalan setelah melihat cahaya turun memancar dari langit di kepala Tun Mutahir pada suatu subuh.
- Bendahara menguji kebolehan Tun Tahir dan Tun Mutahir dalam perniagaan dengan memberi pinjam 10 tahil emas dan tiap seorang dapat untung yang banyak barulah harta peninggalan diserahkan.
- Tun Mutahir sejak zaman remaja menceburkan dari dalam perniagaan. Perniagaan sering mendapat keuntungan. "Adapun akan Tun Mutahir selamaya ia menyuruh mencari itu, tiada pemah rosak, maka ia menyuruh belayar juga." (Sulalatus Salatin, hlm. 148)
- Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung, bergelar Seri Maharaja. Pemerintahan Melaka ialah Sultan Mansur Syah. (saudaranya Tun Tahir dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja. Tun Abdulah bergelar Seri Nara Wangsa).
- Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara sewaktu Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (setelah kematian Bendahara Putih). Pemilihan Tun Mutahir dibuat oleh bonda Sultan Mahmud Syah daripada Sembilan orang calon yang disayangi Sultan Mahmud Syah.
- Tun Mutahir bergelar BendaharaSeri Maharaja 4 Melaka bertambah makmur, mashyur di kalangan pedagang-pedagang di Melaka zaman ini.
- Tragedi berdarah - Bendahara mati dibunuh Sultan Mahmud Syah. 


Sifat-sifat Tun Mutahir:


1. Saksama, adil, murah, terlalu balk budi pekertinya. (Sulalatus Salatin, hlm. 206)
2. Hubungan balk dengan pedagang- pedagang 4 menjaga kebajikan pedagang- pedagang di Melaka hingga namanya termasyhur di kalangan mereka. Hal ini jelas dari nyanyian saudagar-saudagar;

"Selamat Bendahara Melaka, pisang jarum, air Bukit China, Bendahara Seri Maharaja. "(Sulalatin Salatin, hlm. 206)

3. Bijaksana dalam berurus niaga - emas yang diberi pinjam sebanyak 10 tahil diperdagangkan dan mendapat keuntungan yang banyak. Begitu juga enam peninggalan ayahnya dijadikan sebagai modal perniagaan serta beroleh untung yang banyak.
4. Dihormati dan disanjung kerana ketokohan - bukan sahaja disebabkan oleh beliau seorang pembesar terkenal tetapi kerana keperikemanusiaan mulia ymig dimilikinya. Misalnya -- jika anak-anak raja datang mengadap, Bendahara tidak turun menjemput. Manakala anak-anak raja, akan naik duduk di balai setelah ditunjukkan oleh Bendahara.
5. Berani dan bijak bermain senjata - dilantik sebagai ketua Angkatan Perang Melaka membantu Pahang menentang serangan Legor.
6. Pembesar berwibawa dan sangat berpengaruh. Contoh:sewaktu raja Kedah di Melaka untuk dinobatkan raja Kedah telah makan sisa makanan yang dimakan oleh Bendahara. Walaupun Bendahara menegahnya tetapi raja Kedah memberi alasan;

"Kerana Bendahara orang tua, pangkat bapa kepada beta. " (S, Salatin, hlm. 244)

Contoh lain:
Kapitan Mor, ketua angkatan Peringgi sewaktu menyerang Melaka mengakui bahawa selagi"..ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun besarnya angkatan Goa mau menyerang, Melaka tidak akan kalah. "(Sulalatus Salatan, him.245)
7. Seorang pembesar yang alim, pengetahuan tinggi dalam ilmu Islam. Jelas daripada hubungan rapat dengan alim ulama di Melaka seperti Mahkdum Sadar Jahan. Bendahara pernah berkunjung ke rumah Makhdum.
8. Kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Bendahara tidak membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan malah melarang anak buahnya menentang atau melawan. Sebagai seorang pembesar yang sangat berpengaruh dan sangat kaya, Bendahara boleh menentang titah raja. Lebih-lebih lagi tuduhan ke atas Bendahara merupakan fitnah sernata­inata. Tetapi Bendahara tidak berbuat demikian, kerana Iii masih tetap berpegang teguh kepada "daulat dan derhaka", pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya seperti kata-kata Bendahara,

"Hei, Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka," (Sulalatus Salatin, hlm. 257)

9. Tragedi hitam dalam sejarah hidup Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara mempunyai anak perempuan yang cantik iaitu Tun Fatimah. Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepada raja Melaka Sultan Mahmud sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali.
Raja Dibaruh pernah mencadangkan kepada Bendahara supaya Tun Fatimah ditunjukkan kepada raja Melaka kerana;

"..yang istiadat raja Melayu, apabila tiada beraja perempuan anak Bendaharalah akan jadi Raja Perempuan. "(Sulalatus Salatin, him. 251 )

- Tun Mutahir menyedari/sedia memahami adat tersebut dan sengaja berbuat demikian dengan alasan;

"..akan patik ini orang jahat, patut sama jahat juga. "(sulalatus Salatin, hlm. 251)

Tindakan Bendahara itu telah mencetuskan dendam di hati Sultan Mahmud Syah. Pada hari persandingan Tun Fatimah, barulah Sultan Mahmud Syah mengetahui Bendahara mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Sultan Mahmud Syah mula menaruh dendam, "...jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah baik anaknya tiada ditunjukkan kepada beta. " (Sulalatus Salatin, hlm. 251)


Punca fitnah ke atas Bendahara - rentetan peristiwa.


(i) Raja Mendaliar berdendam kepada Bendahara kerana dia pernah dimalukan di hadapan pembesar-pembesar. Pada suatu hari raya, Bendahara sedang di hadapan orang besar-besar menantikan raja keluar. Raja Mendaliar terus masuk ke balairung dan terus menyembah Bendahara. Bendahara menepis tangan Raja Mendaliar dan memaki hamun Raja Mendaliar kerana Yang Dipertuan belum lagi menjunjung duli.

(ii) Nina Sura Dewa berdakwa dengan Raja Mendaliar - kes dibawa kepada Bendahara untuk diselesaikan. Oleh kerana hari hampir petang, Bendahara meminta kedua saudagar itu kembali dan meneruskan perbincangan pada keesokan harinya.

(iii) Pada sebelah malamnya Nina Sura Dewana datang ke rumah Bendahara dengan membawa hadiah sebanyak sebahara emas. Tanya memberitahu niat sebenarnya. Nina Sura Dewana mempersembahkan kepada Bendahara bahawa emas itu, ".akan pembeli sirih pinang.(Sulalatus Salatin, him. 255)

(iv) Kedatangan Nina Sura Dewana ke rumah Bendahara - diketahui oleh Kitul dan membawa berita (fitnah) mengadu kepada Raja Mendaliar. Kitul berhutang pada Raja Mendaliar sebanyak sekati emas. Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa, "Nina Sura Dewana menghadiahkan sebanyak 10 kati emas kepada Bendahara dan bermuafakat akan membunuh Raja Mendaliar."

(v) Raja Mendaliar berterima kasih kepada Kitul dan hutang Kitul dilupuskan.

(vi) Raja Mendaliar terus pergi mendapatkan Laksamana Khoja Hassan - beri sogokan emas (sekati emas) supaya Khoja Hassan dapat sampaikan berita (rahsia) kepada sultan. Berita yang disampaikan;

"..Datuk Bendahara hendak derhaka. Orang kaya persembahkanlah ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takhta kerajaan, menempa ciu emas dan kaus emas; kasadnya hendak naik raja dalam negeri Melaka ini." (Suialatus Salatin, hlm. 256)


(vii) Sultan Mahmud Syah terus menerima berita (fitnah) yang disampaikan Laksamana Khoja Hassan kerana selama ini Sultan Mahmud Syah memang berdendam pada Bendahara. Apabila mendengar berita bahawa Bendahara hendak menderhaka, merupakan suatu peluang ibarat kata,

"..seperti orang mengantuk disorongi bantal; kerana baginda bersedia menaruh dendam akan Bendahara Seri Maharaja sebab anaknya Tun Fatimah itu .. "(Sulalatus Salatin, him. 257)



LAKSAMANA HANG TUAH


Latar Belakang:

- Asal keturunan - anak raja Bajung. Nama asalnya ialah Daeng Mempawah. Negeri Bajung dari kepulauan Mengkasar.
- Gelaran Hang Tuah diberi oleh Sultan Mansur Syah. Ketika Hang Tuah dibawa ke Melaka, usianya dalam lingkungan 12 tahun.
- Bijaksana dalam bermain senjata dan ilmu hulubalang.
- Sahabat-sahabat terkenal seramai 8 orang - Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
- Sifat fizikal - segak, cerdik, perkasa dan tampan serta digilai anak-anak dara/perempuan.
- Gelaran "Laksamana" anugerah sultan kerana berjaya memerangi seorang Jawa mengamuk.


Perwatakkan Hang Tuah


(i) Terlibat dalam peperangan;
- Turut bersama dalam angkatan perang Melaka menyerang dan menakluki negeri- negeri lain (perluasan tanah jajahan dalam mengukuhkan kebesaran Melaka).
- Mengiringi Bendahara Paduka Raja membantu Sultan Zainal Abidin dalam perang saudara merebut takhta Pasai.
- Mengiringi Paduka Tuan dan Seri Bija Dimlo menentang angkatan perang Haru yang merosakkan jajahan Pasai dan tanah jajahan Melaka.

(ii) Sebagai pengiring dan pengawal sultan
- Mengiringi Sultan Mansur Syah dalam rombongan diraja ke Majapahit.
- Tanggungjawab Hang Tuah - mengawal keselamatan sultan.

(iii) Sebagai Panglima Mengetuai Angkatan Perang.
- Hang Tuah mengetuai angkatan perang Melaka menumpaskan kegiatan lanun yang mengancam keselamatan Melaka - menentang Semerluki (anak Raja Mengkasar) yang menjalankan kegiatan perlanunan di Tanah Jajahan Melaka.
- Mengetuai angkatan Melaka ke Pahang - tujuan mengajar perbuatan sultan Pahang membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu Melaka.
- Mengetuai angkatan ke Siak - bertujuan mengajar perbuatan raja Siak membunuh seorang rakyat Siak tanpa memberitahu Melaka.

(v) Seorang 'hamba' raja yang sangat setia.
- Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka tidak berbelah bagi. Hang Tuah seorang hulubalang yang amat setia, sanggup melakukan apa sahaja titah raja dan tanpa membantah atau mengancam keselamatan dirinya.



Tindakan Hang Tuah menunjukkan kesetiaan;


a. Sanggup menentang Hang Jebat demi menjaga martabat raja Melaka. Walaupun Hang Jebat menderhaka kerana membela "kematiannya"membela keadilan terhadap kezaliman, namun Hang Tuah tetap menganggap tindakan Hang Jebat sebagai penderhaka yang mesti dihapuskan.

b. Kesetiaan Hang Tuah merawat, menjaga keselamatan Sultan Mahmud Syah ketika baginda mendapat sakit buang-buang air.

c. Sanggup masuk ke dalam lubang najis untuk menyelamatkan kuda kesayangan raja.





KONSEP KEINDAHAN, GAYA BAHASA DAN PERSONIFIKASI DALAM KONTEKS MAKNA LUARAN.

KONSEP KEINDAHAN, GAYA BAHASA DAN PERSONIFIKASI DALAM KONTEKS MAKNA LUARAN.

Sulalatus Salatin mempunyai pelbagai gaya bahasa yang seiring dengan tarafnya sebagai sebuah karya agung Melayu klasik. Karya agung ini merangkumi dua aspek makna, iaitu makna dalaman dan makna luaran. Makna yang menjadi fokus utama dalam perbincangan ini ialah makna luaran. Makna luaran merupakan makna yang disepakati oleh pembaca termasuk gaya bahasa. Gaya bahasa yang ingin diketengahkan ialah gaya bahasa personifikasi. Oleh itu, penting untuk mengetahui konsep keindahan, gaya bahasa dan personifikasi sebelum dikaitkan dengan penggunaannya di dalam karya Sulalatus Salatin tersebut agar dapat diketahui makna luarannya.


1.1 KEINDAHAN MELAYU KLASIK

Istilah keindahan merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut V.I. Braginsky (1994:16), beliau merumuskan bahawa terdapat tiga aspek yang dinyatakan dalam karya-karya sastera menerusi penggantian perkataan ‘indah’ dengan kata-kata yang seerti. Menurutnya, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai boleh mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh dan manfaat yang terkandung di dalamnya. Keindahannya karya Melayu klasik ini terletak pada tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa, latar masyarakat serta nilai dan pengajaran .


1.2 GAYA BAHASA.

Maksud gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah corak, bentuk, rupa atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga merupakan satu cara menulis atau bercakap. Menurut Nik Safiah Karim (1981), bahasa dapat didefinisikan sebagai lambang-lambang pertuturan yang arbitrari, bersistem dan digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain).

   Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan, secara tidak langsung akan dapat memikat dan seterusnya menarik minat pembaca terhadap karya-karya sastera. Gaya bahasa juga adalah bertujuan untuk melembutkan lagi makna percakapan dan juga untuk mengindahkan lagi bahasa itu. Menurut Gory Keraf, (1985:113) gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis (pemakai bahasa). Sesebuah gaya bahasa yang baik harus mengandungi tiga unsur penting seperti kejujuran, sopan-santun dan menarik. Gaya bahasa adalah pemakaian kata-kata kiasan dan perbandingan bagi menggambarkan sesuatu maksud. Pelbagai gaya bahasa dapat dilihat melalui sesuatu bahasa.

     Secara keseluruhan, gaya bahasa adalah satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain sama ada secara lisan mahupun tulisan. Pada umumnya, terdapat empat jenis gaya bahasa iaitu gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa sindiran, gaya bahasa penegasan dan gaya bahasa pertentangan. Namun begitu, dalam penulisan ini, kajian memfokuskan hanya kepada gaya bahasa perbandingan dan melihat kepada skop yang lebih kecil lagi iaitu personifikasi yang terdapat dalam karya Sulalatus Salatin.


1.3 PERSONAFIKASI.

Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau penginsanan. Maksud personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak. Personifikasi adalah memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya, daun kelapa yang disifatkan sebagai manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul dan sebagainya. Lalu ditulis sebagai “daun nyiur melambai-lambai”, “ daun kelapa menggamit manja” dan sebagainya.

     Oleh itu, terdapat banyak gaya bahasa yang ada dalam karya Sulalatus Salatin yang dikarang semula dalam versi yang lain oleh beberapa orang tokoh seperti A. Samad Ahmad dan Muhammad Haji Salleh. Antaranya ialah gaya bahasa personifikasi dalam karya Sulalatus Salatin. 


KEINDAHAN GAYA BAHASA PERSONIFIKASI DALAM SULALATUS SALATIN.

Tun Seri Lanang menganugerahkan generasi moden kini dengan sejumlah kata, baris dan citra, yang kekal dalam bahasa Melayu yang diwarisi dari Sulalatus Salatin. Kata dan frasa yang tepat serta dapat menyampaikan maknanya ini pasti diciptakan berkat daripada bakatnya dan dijelmakan dalam adunan situasi yang memerlukan pemikiran yang tinggi bagi memahami makna yang ingin disampaikan termasuk makna luaran. Oleh itu, keindahan gaya bahasa personifikasi telah menyerlahkan identiti Sulalatus Salatin sebagai sebuah karya Melayu klasik yang mempunyai nilai estetika tersendiri.

     Dalam karya Sulalatus Salatin, terdapat banyak penggunaan gaya bahasa personifikasi bagi menggambarkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan suasana, pemerintah atau raja-raja Melayu, pembinaan sesuatu kerajaan, perutusan dari satu pihak kepada pihak yang lain dan sebagainya lagi. Perkara-perkara ini telah menggunakan sifat yang ada pada manusia dan dikaitkan pada unsur-unsur alam seperti haiwan, pasir, angin, pokok dan lain-lain. Penggunaan unsur-unsur ini bagi menggambarkan keindahan makna sesuatu perkara supaya dapat difahami oleh pembaca. Antara contoh-contoh penggunaan gaya bahasa personifikasi dalam karya ini adalah seperti berikut:


"Sekira-kira empat keruh bumi jauhnya berjalan maka bertemulah dengan ra’yat Raja Chulan lalu berparang, tiada sangka bunyinya lagi, bunyi segala yang bergajah berjuangkan gajahnya dan segala yang berkuda bergigitkan kudanya dan segala yang memegang panah berpetikkan panahnya dan segala (yang) memegang lembing bertikamkan lembingnya dan segala yang (memegang) tombak bertikamkan tombaknya, dan segala yang memegang pedang bertetakan pedangnya."
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 13)